Friday, May 23, 2008



(Gambar foto: Diambil oleh Abdul Rashid Haji Tahir. Pada 23 Mei 2008)

Keterangan gambar foto:
(Atas) Logo Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) pada fail brosur yang diberikan kepada para hadirin dalam 1st Financial Talk. Di dalam fail ini mengandungi brosur produk pembiayaan, akaun simpanan, dan pelaburan TAIB.
(Bawah) Pen berlogo TAIB dan pad nota bersaiz A4 yang juga diberikan kepada para hadirin dalam 1st Financial Talk. Saya gunakan untuk membuat catatan dan apa-apa yang patut untuk mengelakkan rasa mengantuk.

Saya menghadiri Ceramah Kewangan Pertama ‘1st Financial Talk’ yang telah diadakan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei pada 23hb Mei 2008, dari kira-kira jam 8.30 a.m hingga 12.00 p.m. Ceramah ini diadakan di Cesar Grand hall, Hotel Orchid Garden, Berakas. Para hadirin mendengar ceramah mengenai perancangan kewangan dari perspektif Islam, istilah yang digunakan oleh TAIB, cara pemilihan produk pelaburan, serta senario ekonomi global semasa.

Sesi soal-jawab juga diadakan. Para hadirin berpeluang menjawab soalan kuiz mengenai isi yang diceramahkan. Para pemenang, 5 pemenang, mendapat baucar membeli minyak di Stesen Minyak TAIB yang bernilai BND40.00. Para hadirin juga berpeluang menyertai cabutan bertuah hanya dengan mengisi dan mengembalikan borang pendapat mengenai ceramah yang diadakan. Para pemenang cabutan bertuah, 5 juga semuanya, juga mendapat baucar membeli minyak di Stesen Minyak TAIB yang bernilai BND40.00.

Para hadirin menikmati jamuan sarapan sebelum ceramah bermula dan jamuan makan tengah hari selepas ceramah berakhir.

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com