Saturday, December 26, 2009

26hb Disember 2009, Sabtu—Yang Berhormat Pehin Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin (Shukri Zain) (YB Pehin), Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam telah menyampaikan ucap utama untuk Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-15 (PSN15).


YB Pehin menyampaikan ucap utama ini pada pagi 12hb Disember 2009, hari Sabtu di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Berakas. Tajuk ucap utama YB Pehin ialah “Kemuliaan Ihsani”.

Majlis ucap utama ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Ketua I ASTERAWANI.

YB Pehin menyampaikan ucap utama.

Sajak “Tegakkan Kemanusiaan” sedang disampaikan untuk mengakhiri ucap utama YB Pehin.

Sajak “Tegakkan Kemanusiaan” disampaikan oleh Awang Haji Mohammad bin Garing, Pemangku Penolong Pengarah Pusat Dakwah Islamiah bagi pihak YB Pehin.

Pengerusi dan YB Pehin selepas penyampaian sajak “Tegakkan Kemanusiaan” sempena dengan Majlis Ucap Utama ini.

Tema PSN15 ialah “ Mencarukkan Sastera Nusantara”. Tema ini membincangkan apakah hala tuju sastera Nusantara. Maka, sesuai dengan tema PSN15 ini, YB Pehin menyampaikan satu ucap utama yang bertajuk “Kemuliaan Ihsani”.

Kemuliaan insani perlu dipelihara. Bagi tujuan ini, Allah telah mengutuskan para nabi dan rasul berserta dengan kitab-kitab bagi membawa ajaran-ajaran Allah. Allah juga mengurniakan akal dan hati nurani kepada manusia. Oleh itu, YB Pehin menegaskan betapa pentingnya hala tuju sastera Nusantara ke arah memelihara “kemuliaan ihsani”.

(Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Diambil pada 12hb Disember 2009, hari Sabtu)

Pautan yang berkaitan:

26hb Disember 2009, Sabtu—Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-15 (PSN51) telah ditutup rasmi oleh Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Awang Mohammad bin Haji Daud (YB Pehin) pada satu majlis yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei (DBP), Berakas pada petang 13hb Disember 2009, hari Ahad.


Ucapan oleh Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, Pemangku Pengarah DBP.

Ucapan Penutupan Rasmi oleh Tetamu Kehormat, YB Pehin.

YB Pehin menyampaikan cenderahati kepada salah seorang pembentang kertas kerja, Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz dari Singapura.

YB Pehin menyampaikan cenderahati kepada seorang lagi pembentang kertas kerja, Medijanti Leokito dari Indonesia.

Nik Abdul Rakib bin Nik Hassan, pembentang kertas kerja dari Thailand, menerima cenderahati dari YB Pehin.

Sesi foto bersama Tetamu Kehormat.

(kiri) Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Ketua I ASTERAWANI, (tengah) YB Pehin, dan (kanan) YB Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim (Yahya M.S).

Sesi foto bersama Tetamu Kehormat.

Salah seorang peserta PSN15 ialah DJ Din…

(Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Diambil pada 13hb Disember 2009, hari Ahad)

Pautan yang berkaitan:

Thursday, December 24, 2009

(Banner: Courtesy of MOE)

24th December 2009, Thursday-- "Pesta Pameran dan Jualan Promosi Kembali ke Sekolah 2010" (Back to School Promotional Sale and Showcase for 2010" will be held at the Main Hall, International Convention Center (ICC), Berakas from 28th December 2009 (Monday) to 3rd January 2010 (Sunday). The opening time is from 9.00am to 9pm.

This event is jointly organised by Curriculum Development Department, Ministry of Education and Economic Development and Planning Department of Prime Minister's Office.

Related Link:

Wednesday, December 23, 2009

15hb Disember 2009, Selasa—Malam Sastera Nusantara telah diadakan pada 12hb Disember 2009, hari Sabtu di rumah Badaruddin H.O (Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama) yang terletak di Sungai Besar, Jalan Kota Batu.


Majlis ini merupakan majlis makan malam dan persembahan “pentas” sastera bagi meraikan para peserta Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-15 (PSN15).

Antara yang hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Yahya (Yahya M.S); dan tuan rumah sendiri berserta Datin.

Majlis ini diserikan dengan penyampaian puisi, syair, pantun, dan persembahan Tausyeh.


















Saya dapat mendengar persembahan puisi disampaikan dalam beberapa bahasa iaitu Melayu, Melayu Brunei, Jawa, Thai,….bahkan ada juga bahasa Tamil (puisi Brunei dalam bahasa Tamil) serta bahasa Arab (Tausyeh). Di sinilah, saya lebih banyak mengetahui negara para peserta.

Para peserta ini datangnya dari Brunei Darussalam (yang terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah Universiti Brunei Darussalam, sasterawan dan peminat sastera), Malaysia (termasuk wilayah Malaysia yang paling hampir sekali dengan Brunei, iaitu Labuan, Limbang, dan Miri), Thailand (termasuk Pattani), Singapura, dan Indonesia (termasuk Kalimantan).

(Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir. Diambil pada 12hb Disember 2009, hari Sabtu)

Pautan yang berkaitan:

Monday, December 21, 2009

Keberangkatan tiba YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik.
Tayangan slaid latar belakang pentas Majlis Pembukaan Rasmi Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-15.

14hb Disember 2009, Isnin- Majlis Pembukaan Rasmi Pertemuan Pertemuan Sasterawan Nusantara 15 (PSN15) telah diadakan di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong pada sebelah malam 11hb Disember 2009, hari Jumaat. Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat untuk merasmikan PSN15 ini.

Acara dimulakan dengan doa selamat yang diketua oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Ketua 1 ASTERAWANI & Pengerusi Bersama PSN15, Professor Madya Ampuan Dr. Haji Ibrahim bin Ampuan Haji Tengah.

Seterusnya, YTM telah berkenan mengurniakan sabda. YTM bersabda agar penyampaian hasil karya sastera tidak dihadkan kepada terbitan melalui buku dan media cetak sahaja. Penyampaiannya boleh dibuat melalui laman web. Oleh itu, sabda TYM, para sastera perlu mengambil peluang yang datang daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

p/s: Sabda YTM ini sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang ini yang memberikan ruang kepada penyebaran yang lebih luas lagi karya sastera dan juga satu cara memaklumkan bagi tujuan “memasarkan” karya-karya sastera yang diterbitkan (sama ada secara konvensional atau bukan konvensional).

Sekarang ini pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dapat membantu bagi tujuan tersebut: laman blog (seperti Blogger dan Wordpress), mini-blogging (seperti Twitter), rangkaian masyarakat (seperti Facebook), teknologi “mobile” (seperti Apple iPhone, Apple iPod Touch, HTC Touch HD2, Amazon Kindle dan netbook….serta mungkin Apple Tablet Touch), teknologi e-book (seperti penyampaian karya dalam bentuk pdf), dan mungkin teknologi video atas talian (seperti YouTube dan TVKitani).

Dari segi tamu atau “marketplace” bagi tempat memasarkan hasil karya (bercetak atau elektronik), laman membeli-belah semacam www.qqestore.com atau www.shopping.com.bn bolehlah diadakan atau dikembangkan. Contohnya, laman membeli-belah Amazon.com ada menjual buku-buku bercetak manakala ebook.com ada menjual buku-buku dalam bentuk ebook. Karya sastera mungkin boleh disebarluaskan dan/atau dijual melalui App Store seperti Apple iTunes Store yang kemudiannya boleh dimuatturunkan ke dalam komputer dan seterusnya dipindahkan ke Apple iPhone atau Apple iPod Touch.

Selain daripada dibaca, karya sastera jua didengar. Dalam konteks menyebarluaskan karya sastera melalui internet, karya sastera boleh diterbitkan dalam bentuk buku audio (audiobook, seperti yang diusahakan oleh Amazon dan Apple iTunes Store ).

Rakan saya sedang merakam YTM yang sedang menyampaikan sabda dengan menggunakan Apple iPhonenya.
Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Ibrahim sedang menyampai ucapan alu-aluan.
YTM sedang mengurniakan sabda.
YTM berkenan menerima persembah.
Persembahan dari para pelajar Universiti Brunei Darussalam, Kelab Rakis UBD.
Keberangkatan pulang YTM.

Pandangan Saya:

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa setiap hari kitani menikmati karya sastera dari yang kitani baca, dengar, dan tonton.

Kita BACA buku-buku yang bercetak dan yang diterbitkan dalam bentuk pdf atau ebook dan yang di”post”kan di laman web atau blog.

Kita DENGAR orang menyanyikan lagu-lagu melalui radio, televisyen, iPod, dan sebagainya. Saya berpendapat lirik lagu-lagu adalah karya sastera. Kita juga mendengar orang berpantun, bersyair, mendeklamasikan puisi secara langsung dalam sesuatu majlis.

Kita TONTON filem dan drama di televisyen, panggung wayang, DVD/Blu-Ray Disc….bahkan YouTube. Skrip filem drama & filem ditulis terlebih dahulu sebelum adanya filem atau drama. Bahkan ada filem atau drama yang diterbitkan berdasarkan hasil karya penulis novel atau cerpen.

Akhirnya, dalam hal penyebaran karya sastera di Negara Brunei Darussalam, kita perlu mempertengahkan karya-karya sastera hasil orang-orang Brunei sendiri….di samping menikmati hasil karya orang luar negara, dengan mempelbagaikan “mode of delivery”nya.

(Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir. Diambil pada 11hb Disember 2009, Jumaat)

Pautan yang berkaitan:

Wednesday, December 16, 2009


Doa Awal Tahun Baru Hijrah
Ya Allah, wahai Tuhan kami. Engkaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi tiada permulaan. KelebihanMu maha besar dan kemurahanMu amat limpah yang sangat-sangat diharapkan.


Tibalah sudah tahun baru. Kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan).

Kami mohon juga kepadaMu, ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi maha mulia. Ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Sumber: Buku Surah-Surah Pilihan, Tahlil Arwah dan Doa

Doa Akhir Tahun Hijrah
Ya Allah, wahai Tuhan kami. Perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini dan belum bertaubat daripadanya padahal Tuhan kami tidak meredai dan Tuhan kami memang tidak lupakannya dan Tuhan kami berlembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu maka kami sekalian mohon keampunanMu. Ya Allah, ampunkanlah kami.

Dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang-panjang tahun ini yang Tuhan kami meredainya dan Tuhan kami telah pun menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami sekalian mohon, ya Allah, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Tuhan kami perkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu dan tidak Tuhan kami hampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.

p/s: Doa akhir tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib iaitu akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah.

Dalam konteks Brunei Darussalam, pada tahun ini 29hb Zulhijjah 1430 adalah bersamaan 17hb Disember 2009, hari Khamis.

Oleh itu, 1hb Muharram 1431 adalah bersamaan 18hb Disember 2009, hari Jumaat. Perlu diingat pertukaran haribulan takwin Hijrah adalah dengan bermulanya waktu Maghrib.

Tuesday, December 15, 2009

14hb Disember 2009, Isnin –Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-15 (PSN15) telah diadakan pada 11 hingga 13 Disember 2009. Kebetulan pada masa ini saya bercuti, saya berpeluang menyertai pertemuan ini. Saya bukanlah seorang sasterawan; hanya ingin meluaskan sudut pandang dan ilmu pengetahuan, khususnya yang melibatkan hal ehwal Negara Brunei Darussalam dan sesuatu yang ada kaitan dengan pendidikan (terutamanya pendidikan bahasa Melayu).


PSN kali ini dianjurkan oleh Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Negara Brunei Darussalam, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam. Ini adalah kali keempat Brunei Darussalam menjadi tuan rumah PSN. Sebelum ini, Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah pada tahun 1985, 1995, dan 2001.

PSN dikendalikan secara bergilir-gilir setiap dua tahun sekali di antara negara-negara ahli iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. ASTERAWANI merupakan satu-satunya persatuan penulis kebangsaan di Negara Brunei Darussalam yang telah diamanahkan untuk mengendalikan acara ini.

PSN adalah pertemuan penulis, sasterawan, bahasawan, dan peminat sastera Nusantara. Menurut Prof. Madya Ampuan Dr.Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Ketua 1 ASTERAWANI, (dalam buku program PSN15) PSN “
merupakan tempat tempat atau ruang yang memberikan peluang kepada sasterawan di Nusantara untuk bertemu, berbincang, berkongsi pengalaman, bertukar pemikiran, saling menginformasi kegiatan, mencambah idea, dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturahim antara para sasterawan dan khalayaknya di Nusantara.”

Tema PSN 15 ialah “Mencarukkan Kesusasteraan Nusantara”. Secara ringkasnya tema ini bermaksud bagaimanakah membawa hala tuju kesusasteraan di Nusantara ini. Tema besar ini juga telah cuba memfokuskan tokoh Muda Omar ‘Ali Saifuddien (Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, Sultan Brunei ke-28) sebagai penyair Islam Diraja Brunei dan tokoh-tokoh sasterawan Nusantara lain seperti Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri dan seumpamanya, dengan perbincangan meliputi beberapa tema kecil seperti: Sastera Nusantara dalam Sastera Global, Falsafah Sastera Nusantara, Kepimpinan Sastera Nusantara, Ciri Sastera Nusantara, Adikarya Sastera Nusantara, Paradigma Sastera Nusantara, dan Jaringan Sastera Nusantara.

Berkaitan dengan tema PSN15, Dr.Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Ketua 1 ASTERAWANI (dalam buku program PSN15) menyatakan “
Sasterawan Nusantara walaupun mempunyai pengalaman, cita rasa, dan perjuangan yang hampir sama tetapi latar belakang pendidikan, suasana kehidupan, dan politik mereka sedikit sebanyak tentunya berbeza terutama akibat pengaruh dunia globalisasi masa kini.”

Para sasterawan Nusantara haruslah mempunyai hala tuju universal dengan mengambil iktibar tokoh-tokoh sasterawan Nusantara masa lalu yang telah mencipta nama bukan sahaja pada zamannya tetapi jua sehingga ke hari ini. Dengan menghasilkan karya, para sasterawan mestilah berpandangan positif, rasional, natural, dan terus-menerus memperindahkan karya ciptaan mereka dengan nilai-nilai bangsa, agama, dan identiti Nusantara”.

Oleh itu, beliau mengharapkan kertas-kertas kerja yang dibentangkan pada kali ini akan dapat menimbulkan suatu pemikiran atau pandangan yang boleh menjadi bahan renungan dan perbincangan yang matlamat akhirnya akan mengangkatkan kualiti dan identiti sastera Nusantara.

Pembentangan kertas kerja (termasuk Ucap Utama) serta Majlis Penutupan Rasmi diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Airport Lama, Berakas dari 11 hingga 13 Disember 2009. Pembukaan rasminya pula diadakan di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong pada sebelah malam 11 Disember 2009, hari Jumaat.

Sempena dengan PSN15 ini, Malam Sastera Nusantara juga diadakan pada sebelah malam 12hb Disember 2009, hari Sabtu. Acara ini berlangsung di Rumah Badaruddien H.O (Rumah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin), Sungai Besar, Jalan Kota Batu.

Sebanyak 16 kertas kerja dibentangkan oleh pembentang dari Brunei Darussalam dan luar negara. Ucap Utama pula dibentang oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin (Shukri Zain), Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam.

PSN15 ini dihadiri hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada peserta dari Negara Brunei Darussalam sendiri, Malaysia (termasuk wilayah-wilayah Malaysia yang terdekat seperti Labuan, Limbang dan Miri), Indonesia (termasuk dari Kalimantan), Thailand (Selatan Thai), dan Singapura.


Pautan Berkaitan:

Tuesday, December 08, 2009

8th December 2009, Tuesday -- DST Group Carnival 2009 was held at DST Group's Headquarter, Tungku for 2 days, that is, on 5th December and 6th December 2009.




















(Photos: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Taken on 5th December 2009, Saturday)

Related Links:

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com