Monday, December 21, 2009
Keberangkatan tiba YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik.
Tayangan slaid latar belakang pentas Majlis Pembukaan Rasmi Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-15.
14hb Disember 2009, Isnin- Majlis Pembukaan Rasmi Pertemuan Pertemuan Sasterawan Nusantara 15 (PSN15) telah diadakan di Dewan Songket, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong pada sebelah malam 11hb Disember 2009, hari Jumaat. Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan berangkat untuk merasmikan PSN15 ini.
Acara dimulakan dengan doa selamat yang diketua oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan dari Ketua 1 ASTERAWANI & Pengerusi Bersama PSN15, Professor Madya Ampuan Dr. Haji Ibrahim bin Ampuan Haji Tengah.
Seterusnya, YTM telah berkenan mengurniakan sabda. YTM bersabda agar penyampaian hasil karya sastera tidak dihadkan kepada terbitan melalui buku dan media cetak sahaja. Penyampaiannya boleh dibuat melalui laman web. Oleh itu, sabda TYM, para sastera perlu mengambil peluang yang datang daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
p/s: Sabda YTM ini sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi sekarang ini yang memberikan ruang kepada penyebaran yang lebih luas lagi karya sastera dan juga satu cara memaklumkan bagi tujuan “memasarkan” karya-karya sastera yang diterbitkan (sama ada secara konvensional atau bukan konvensional).
Sekarang ini pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dapat membantu bagi tujuan tersebut: laman blog (seperti Blogger dan Wordpress), mini-blogging (seperti Twitter), rangkaian masyarakat (seperti Facebook), teknologi “mobile” (seperti Apple iPhone, Apple iPod Touch, HTC Touch HD2, Amazon Kindle dan netbook….serta mungkin Apple Tablet Touch), teknologi e-book (seperti penyampaian karya dalam bentuk pdf), dan mungkin teknologi video atas talian (seperti YouTube dan TVKitani).
Dari segi tamu atau “marketplace” bagi tempat memasarkan hasil karya (bercetak atau elektronik), laman membeli-belah semacam www.qqestore.com atau www.shopping.com.bn bolehlah diadakan atau dikembangkan. Contohnya, laman membeli-belah Amazon.com ada menjual buku-buku bercetak manakala ebook.com ada menjual buku-buku dalam bentuk ebook. Karya sastera mungkin boleh disebarluaskan dan/atau dijual melalui App Store seperti Apple iTunes Store yang kemudiannya boleh dimuatturunkan ke dalam komputer dan seterusnya dipindahkan ke Apple iPhone atau Apple iPod Touch.
Selain daripada dibaca, karya sastera jua didengar. Dalam konteks menyebarluaskan karya sastera melalui internet, karya sastera boleh diterbitkan dalam bentuk buku audio (audiobook, seperti yang diusahakan oleh Amazon dan Apple iTunes Store ).
Rakan saya sedang merakam YTM yang sedang menyampaikan sabda dengan menggunakan Apple iPhonenya.
Prof. Madya Ampuan Dr. Haji Ibrahim sedang menyampai ucapan alu-aluan.
YTM sedang mengurniakan sabda.
Persembahan dari para pelajar Universiti Brunei Darussalam, Kelab Rakis UBD.
Keberangkatan pulang YTM.
Pandangan Saya:
Kita BACA buku-buku yang bercetak dan yang diterbitkan dalam bentuk pdf atau ebook dan yang di”post”kan di laman web atau blog.
Kita DENGAR orang menyanyikan lagu-lagu melalui radio, televisyen, iPod, dan sebagainya. Saya berpendapat lirik lagu-lagu adalah karya sastera. Kita juga mendengar orang berpantun, bersyair, mendeklamasikan puisi secara langsung dalam sesuatu majlis.
Kita TONTON filem dan drama di televisyen, panggung wayang, DVD/Blu-Ray Disc….bahkan YouTube. Skrip filem drama & filem ditulis terlebih dahulu sebelum adanya filem atau drama. Bahkan ada filem atau drama yang diterbitkan berdasarkan hasil karya penulis novel atau cerpen.
Akhirnya, dalam hal penyebaran karya sastera di Negara Brunei Darussalam, kita perlu mempertengahkan karya-karya sastera hasil orang-orang Brunei sendiri….di samping menikmati hasil karya orang luar negara, dengan mempelbagaikan “mode of delivery”nya.
(Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir. Diambil pada 11hb Disember 2009, Jumaat)
Pautan yang berkaitan:
Labels: Pertemuan Sasterawan Nusantara
ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:
abdul_rashid.tahir@yahoo.com