Tuesday, April 15, 2008

12 April 2008, hari Sabtu – Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w bagi tahun 1429 Hijrah bersamaan 2008 Masihi di dewan sekolah ini.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Asmali bin Haji Matali. Seterusnya, peraduan membaca teks Jawi bagi Darjah 2 dan Darjah 3 diadakan. Seramai enam orang masing-masing dari Darjah 2 dan Darjah 3 turut serta dalam peraduan ini.

Acara disusuli dengan peraduan nasyid bagi murid-murid Rendah Atas. Enam pasukan nasyid turut serta. Di samping peraduan tersebut, peraduan mewarna tulisan Jawi diadakan bagi murid-murid Pra Sekolah dan Darjah 1 beberapa hari yang lalu.

Kemudian, penyampaian hadiah bagi semua peraduan sempena sambutan ini dilaksanakan oleh Guru Besar sekolah ini, Cikgu Hajah Rusunah bin Haji Paka, kepada para pemenang. Di samping hadiah peraduan tersebut, Guru Besar juga menyampaikan hadiah penghargaan kepada guru-guru dan murid-murid sekolah ini di atas usaha mereka mengutip derma sempena Readathon 2008 yang lalu.

Majlis sambutan ini diakhiri dengan doa yang diketuai oleh Ustaz Asmali bin Haji Matali.

p/s: Please read Media Permata 15 April 2008, Tuesday, for more photos.

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com