Monday, April 28, 2008

26th April 2008, hari Sabtu – Sebahagian Berakas (termasuk Anggerek Desa, tempat saya tinggal), Batu 1 Jalan Tutong, sebahagian Gadong khususnya kawasan Kompleks Abdul Razak (termasuk The Mall dan Centerpoint) serta Q-lap telah mengalami ketiadaan bekalan tenaga elektrik. Ini menyebabkan beberapa lampu isyarat dan lampu jalan tidak berfungsi. Keadaan ini saya sendiri perhatikan dalam perjalanan saya ke Pasar Malam Gadong.

Menurut laporan RTB (Radio), perkara ini terjadi akibat kebakaran yang berlaku di Sub-Station Elektrik Jalan Tungku pada waktu petang (iaitu kira-kira pukul 4 pm. Tak tahulah waktu tepatnya kerana pada waktu bermula ‘blackout’ saya sedang tidur-jaga. Malaslah periksa jam.)

Keadaan ketiadaan bekalan di atas adalah apa yang dialami oleh penulis sejak ia bermula. Oleh kerana ketiadaan ‘karan’ (nya orang Brunei), penulis pergi ke Pasar Malam Gadong untuk membeli kuih malaya (kuih kegemaran). Dalam perjalanan ke sana, penulis melintas kawasan Kompleks Abdul Razak. Didapati para pelanggan di beberapa restoran makan dengan cahaya lilin. Centerpoint dan The Mall juga mengalami ‘blackout’. Para peniaga di Pasar Malam Gadong menggunakan sama ada cahaya lilin atau cahaya dari kereta atau cahaya ‘ambient’ yang ada.

Bekalan elektrik (di kawasan Anggerek Desa) pulih pada kira-kira pukul 10.18 pm. Oleh itu, sempat juga saya menonton Akademi Fantasia 6 Konsert Ke-6 (walaupun menonton pada pertengahan jalan bukanlah sesuatu yang saya sukai).

(Ditulis dari pukul 10.30 pm hingga 10.50 pm, 26 April 2008)

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com