Friday, September 11, 2009

11th September 2009, Friday- There will be no Aidilfitri open house at Istana Nurul Iman this year. This is due to the precautionary measure to reduce the risk of spreading of Influenza A H1N1.


From Pelita Brunei Online:

Istana Nurul Iman tidak akan dibuka
untuk junjung ziarah sempena Hari Raya
tahun ini

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 September. -
Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain mengumumkan bahawasanya Istana Nurul Iman tidak akan dibuka pada tahun ini bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Siaran Akhbar Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bahawa langkah ini adalah diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan untuk mengelakkan peningkatan risiko bagi merebaknya wabak Influenza A (H1N1) dan demi menjaga kepentingan dan keselamatan orang awam serta sebagai langkah ke arah mengekalkan pengawalan wabak tersebut yang pada masa ini di tahap yang baik di Negara Brunei Darussalam.

Related links:


PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com