Thursday, January 06, 2011

6hb Januari 2011, hari Khamis malamJumaat -- Pada malam ini saya berpeluang memproses sebahagian daripada gambar-gambar yang saya ambil menggunakan Apple iPhone 4 saya ketika saya bercuti di Kuala Lumpur, Malaysia. Makan makanan yang tidak terdapat di Brunei Darussalam adalah senarai impian saya ketika melancong di luar negara. Tidak dinafikan saya juga ada membeli-belah beberapa barangan seperti baju T sahaja.

Screenshot apps FlightTrack iPhone mengenai status penerbangan AirAsia 267 dari BWN ke KUL.

Screenshot apps FlightTrack untuk iPhone mengenai status terkini penerbangan AirAsia  267 dari BWN ke KUL

Sarapan subuh saya yang pertama ketika berada di Kuala Lumpur. Restoran ini terletak tidak jauh dari hotel tempat saya tinggal. Berhampiran dengan Maju Junctions.

Sarapan subuh dengan toasted bread di Restoran Nasi Kandar  Lotus.

Minum milo panas...

Makan burger di Restoran Burger King @ KL Sentral

Steak burger

Luan basar minumannya ani...

Aku suka french friesnya...

Bahan-bahan untuk burger ani....

Kan habis.... Kalau fresh lagi bagus.

Minum Starbucks Iced Blended Coffee di KLCC

Lagi nyaman kalau dibubuh whip cream...

Jalan-jalan cari makan untuk sarapan pagi. Aku singgah di sebuah restoran dekat dengan Stesen Monorel Chow Kit Road.

Stesen Monorel Chow Kit Road

Murtabak Kambing... Di sini murah. Seingatku harganya RM6. Kira mahallah... mun di Brunei harganya BND6, setahun beberapa kali saja ku makan.

Aku makan murtabak kambing ini di Shazz Curry House...

Makan nasi biryani di Dewan Pameran KLIM2010 di PWTC. Harganya RM10.

Di mana saya minum jus oren ini?
Doktor kata: "Rajin-rajin makan sayur". Bab makan sayur ini yang susah. Saya hanya makan sayur kalau makan mi atau soto. Barangkali makan sandwic Subway adalah satu permulaan yang baik. Baik jua halal sandwic Subway ani di Kuala Lumpur.

Restoran Subway terdapat di Tune Hotel Kuala Lumpur. Aku beli dan bawa naik ke bilik. Jus oren Peel Fresh itu saya beli di kedai 7 Eleven yang terdapat di hotel ini juga.

Makan sayur...

Ada tia iklan Prosperity Burger di sebuah surat khabar di sana.... This is my wishlist untuk keesokan harinya.

Murtabak Ayam di Restoran Insaf, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Harganya RM9. Aku fikir harganya dalam RM5 atau RM6 sahaja.

Makan sandwic Subway lagi. Barangkali aku makan sandwich ini di Times Square.

(Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir. Diambil dari 7 Disember, hari Selasa hingga 9 Disember 2011, hari Khamis)

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com