Thursday, September 02, 2010

2 September 2010, hari Khamis --  Ramailah para peminat gajet khususnya Apple Fanboy (dan juga Apple Haters) serta pemerhati dan penganalisa industri akan mengikuti satu acara yang dianjurkan  oleh Apple pada 1 September 2010, hari Rabu, pukul 10am waktu Pasifik di Yerba Buena Centre for Arts, San Francisco, CA.


Menurut  siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Apple melalui laman web mereka, Apple akan menyediakan ‘live video streaming’ untuk acara ini. (Sila rujuk: Media Alert – Apple o Provide Live Video Streaming of September 1 Event). Siaran langsung ini akan menggunakan HTTP Live Streaming yang berasaskan piwaian standard. 

Untuk menonton siaran langsung secara streaming ini memerlukan sebuah komputer Mac versi 10.6 Snow Leopard melalui perisian pelayaran internet Safari, iPhone atau iPod Touch dengan iOS 3.0 dan ke atas, atau melalui iPad. Siaran langsung ini bermula pada 1 September 2010, hari Rabu, pukul 10am waktu Pasifik di www.apple.com.

12.35am:  Adalah dijangkakan  Apple akan memaklumkan secara rasmi iPhone 4 warna putih, iPod Touch 4 yang ada kamera serta kemudahan Facetime (iPhone 4 tanpa kemudahan 3G), Apple TV, dan perkhidmatan penyebaran musik terkini. Ini hanyalah jangkaan sehingga Steve Job (atau wakilnya) memaklumkan apakah yang sebenarnya.

12.40am: Saya mengikut perkembangan Apple Event September 1 melalui Engadget (satu laman blog gajet yang saya gemari) melalui muka  ‘liveblogging’ “Live from Apple’s fall 2010 event” . Setakat ini saya tidak dapat melayar laman web Gizmodo untuk mengikuti ‘liveblogging’ tentang perkara yang sama.

1.00am: Apple Event September 1 bermula. Steve Job keluar. Ada Steve Wozniak jua jadi hadirin.  Steve Job pakai pakaian yang diminatinya, kameja-T turtleneck berlengan panjang dan seluar jean biru.

APPLE STORE

a. Steve Job menyentuh Apple Store di Paris, Shanghai, dan Covent Garden, London. Semua Apple Store ini, pada pandangan saya, menitikberatkan kepada rekabentuk yang unik. Ini sinonim dengan budaya Apple yang mementing rekabentuk bagi setiap produk mereka.

b. Setakat terdapat 200 kedai runcit Apple Store di 10 buah negara (USA, Canada, UK, France, Germany, Italy, Switzerland, Japan, Australia, dan China). Steve Job  menunjukkan catatan bahawa 1 juta orang telah mengunjungi Apple Store setiap hari.


iOS

a.     Setakat ini sebanyak 120 juta peranti iOS terjual sejak pelancaran iPhone pertama.

b.    Sebanyak 230 ribu peralatan iOS diaktifkan setiap hari.

c.     Sebanyak 200 apps iOS dimuat turun setiap 1 saat iaitu setakat ini lebih 6.5 billion iOS apps telah dimuat turun.

d.     Sebanyak 250 ribu apps untuk iOS dan 25K adalah apps untuk iPad.

e.     Pada hari ini Apple melancarkan secara rasmi iOS 4.1.

f.       iOS 4.1 diharapkan akan dapat menyelesaikan banyak pepijat ('bugs') seperti isu ‘proximity sensor’, Bluetooth, dan isu yang berkaitan dengan iPhone 3G.

Di samping itu, iOS 4.1 memperkenalkan kemudahan gambarfoto HDR (High Dynamic Range photos), kemudahan muat naik video HD melalui WiFi, penyewaan rancangan TV, dan Game Center.

g.     Gambarfoto HDR : Bila imej diambil, 3 imej diambil secara serentak iaitu ‘highlight’, ‘shadows’ dan ‘midranges’ dan kemudian disatukan menjadi gambarfoto HDR.

h.    Game Center: Game Center membolehkan kita berlawan dengan rakan-rakan atau siapa saja yang sudi.

i.       iOS 4.1 akan boleh dimuat turun secara percuma melalui iTunes mulai minggu depan untuk iPhone dan iPod Touch.

j.       Steve Job juga memperlihatkan ‘sneak peak’ iOS 4.2. iOS 4.2 lebih tertumpu kepada iPad. Antara ciri-ciri yang disebutkan  ialah kemudahan mencetak tanpa wayar. Kemudahan ini  dinamai AirPlay.

k.     Seterusnya kemudahan AirTune yang memboleh streaming audio, video dan foto melalui Wi-Fi.

l.       iOS 4.2 untuk iPad, iPhone dan iPod Touch boleh didapati  pada bulan November 2010. Sila ambil maklum bahawa tidak semua model disokong bagi iOS 4.2.


iPod

(Gambarfoto: Model iPod terbaru. Ihsan dari Apple Inc, USA)

a.     Setakat ini sebanyak 275 juta iPod telah terjual.

b.    Steve Job mengumumkan bahawa semula model iPod diperbarui.

c.     iPod Suffle: iPod Shuffle Generasi Ketiga ini bersaiz kecil, tedapat beberapa butang, ada playslist, dan kemudahan ‘VoiceOver’. Boleh main musik selama 15 jam. Terdapat dalam 5 warna: putih, biru, merah jambu, hijau,dan jingga. Dan akan dijual pada harga USD49 (di USA). Akan terjual dengan packaging berbentuk yang begitu menarik. Setiap iPod Shuffle mempunyai kemampuan penyimpanan data 2GB.

d.     iPod Nano:  Seterusnya Steve Job memperkenalkan iPod Nano. iPod Nano berbentuk segi empat sama. iPod Nano generasi ini tidak ada 'click wheel'. iPod Nano mempunyai paparan sesentuh (multitouch) yang berwarna. Bolehlah dianggap iPod Touch bersaiz kecil. Sangat mudah digunakan kerana terdapat klip. 46% lebih kecil dan 42% lebih ringan daripada generasi terdahulu. Terdapat butang kawalan bunyi, VoiceoVer, FM radio, Nike+, dan pedometer. 

Di samping ia mampu memainkan musik selama 24jam. Pelayaran iPod Nano adalah menggunakan ikon seperti yang terdapat pada iPod Touch atau iPhone. IPod Nano boleh didapati dalam 6 warna: putih, merah jambu, hijau, biru, jingga, dan….pada harga USD149 untuk versi 8GB dan USD179 untuk versi 16GB (di USA). Ia terjual dalam packaging berbentuk kiub yang menarik.

e.    Ipod Touch: Ipod Touch adalah iPod yang paling popular. Ipod Touch juga  dinamai iPhone Tanpa Telefon.Tanpa perlu kontrak dengan telcos. Menurut Steve Job, iPod Touch telah berjaya mengatasi jualan Nintendo dan Sony dari segi jualan peralatan permainan bimbit seluruh dunia. Denga kata lain, iPod Touch berjaya menguasai lebih 50% pasaran peralatan permainan bimbit dunia. Lebih 1 .5 billion muat turun apps permainan dan hiburan adalah untuk iPod Touch. 

(Gambarfoto: Apple iPod Touch. Ihsan dari Apple Inc, USA)

Ipod Touch generasi terbaru ini lebih nipis dan menarik berbanding dengan generasi terdahulu. Ciri-ciri utamanya ialah Retina Display iaitu empat kali lebih piksel (326ppi), warna 24 bit, dan ‘backlight’ LED.  iPod Touch menggunakan A4 , sama seperi yang digunakan pada iPhone 4. Terdapat kemudahan 3-axis gyro, menggunakan iOS 4.1 berserta Game Center dan FaceTime dengan kamera di hadapan. Kamera belakang dapat merakam video HD. Dapat memainkan musik selama 40 jam. Video dapat disunting menggunakan iMovie. Ipod Touch dijual pada harga USD229 untuk versi 8GB, USD299 untuk versi 32GB, dan USD399 untuk versi 64GB.

f.       Semua model iPod ini boleh didapati bermula pada minggu depan. Pre-order boleh dibuat mulai hari ini.

ITunes

a.     Sebanyak 11.7 billion lagu telah dimuat turun melalui iTunes.

b.    Sebanyak 450 juta episod TV, 100 juta wayang, 35 juta buku, 160 juta akaun yang terdapat kad kredit dan kemudahan 1click.

c.     Steve Job melancarkan iTunes 10. Masih terdapat ciri-ciri Cover Flow dan iTunes store. Ciri terbarunya ialah Ping, satu rangkaian masyarakat untuk musik. Ia sama seperti Facebook dan Twitter. Tetapi Ping lebih menumpuh kepada musik. Terdapat kemudahan ‘follow’ dan ‘be followed’ serta men ‘set-up’ lingkungan atau kumpulan sendiri.



2.28am: Saya sedang melayari laman web Apple. Laman web ini sudah dikemas kini dengan iPod terbaru, iTunes 10, dan Apple TV. Apple TV direka bentuk semula untuk menjadikan bersaiz lebih kecil tetapi mempunayi kemudahan hiburan yang lebih banyak lagi. Antara kemampuannya ialah menyewa wayang HD. Wayang HD ini didapati pada hari yang sama versi DVD dilancarkan. Menonton Netflix,. Menyewa tayangan TV, tanpa iklan dalam format HD, stream gambar dan musik dari komputer untuk ditonton ke TV. Apple TV dijual pada harga USD99. Masalahnya adakah Apple TV akan terjual di luar USA, khususnya di Brunei. Untuk melayari menu Apple TV, pengguna boleh menggunakan iPhone, iPad, atau iPod Touch

2.42amSaya sedang melayari laman web Apple untuk melihat-lihat iPod Touch terkini. Saya tertarik dengannya. Mungkin mahu mendapatkannya untuk saya atau/dan anak saya. Mungkin akan mendapatkan ini dulu berbanding dengan iPhone atas faktor harga dan juga kemudahan mendapatkannya. Setakat ini, IPhone 4 masih mengalami kekurangan bekalan dan masa menunggu yang agak lama.

2.52am: Setakat ini saya melaporkan Apple Event 1 September 2010. Awda boleh melawat laman web Apple untuk keterangan yang lebih lanjut tentang produk terbaru Apple yang dilancarkan pada pagi ini. Apple dijangkakan akan mengeluarkan Ucap Utama (Keynote Address) Steve Job  melalui iTunes pada hari ini atau esok (waktu Brunei).

2.58am: Sebelum saya tidur sekejap sebelum bangun lagi untuk sahur, saya melayari Apple Store Singapura (Online). 


Apple Shuffle dijual pada harga SGD78 (termasuk $5 VAT, duti dan levi). 


Ipod Nano pula dijual pada harga SGD228 bagi versi 8GB (termasuk SGD15 untuk VAT, duti, dan levi) dan SGD278 unuk versi 16GB (termasuk SGD18 untuk VAT, duti, dan levi). 


Ipod Touch pula dijual pada harga SGD328 untuk versi 8GB (termasuk SGD21 VAT, duti, dan levi), SGD428 bagi versi 32GB (termasuk SGD28 untuk VAT, duti dan levi), dan SGD588 bagi versi 64GB (termasuk SGD untuk VAT, duty, dan levi). 


Adalah dijangkakan harga iPod akan lebih mahal apabila dijual di Brunei Darussalam berbanding dengan harga pasaran di Singapura (berdasarkan pengalaman lalu).

Sila layari laman muka AV Electronics di FaceBook untuk keterangan lanjut dan terkini mengenai produk Apple yang dilancarkan pada hari ini (*Bagi pasaran rasmi di Brunei Darussalam)

Berikut ini adalah siaran akhbar yang boleh didapati di laman web Siaran Akhbar Apple:

Apple Introduces New iPod touch
Features Retina Display, A4 chip, FaceTime Video Calling, HD Video Recording & Game Center
SAN FRANCISCO—September 1, 2010—Apple® today announced the new iPod touch®, packed with incredible new features including Apple’s stunning Retina™ display, FaceTime® video calling, HD video recording, Apple’s A4 chip, 3-axis gyro, iOS 4.1 and Game Center—all combined in the thinnest and lightest iPod touch ever. The new iPod touch features up to 40 hours of music playback and seven hours of video playback on a single battery charge.*
“We’ve put our most advanced technology inside the new iPod touch,” said Steve Jobs, Apple’s CEO. “Whether you’re listening to music, playing games, making FaceTime video calls, browsing the web, capturing HD video or watching TV shows and movies, the new iPod touch with its Retina display, A4 chip and 3-axis gyro is more fun than ever.”
Apple’s stunning Retina display makes everything on iPod touch look even more incredible, whether playing games, watching video, browsing the web or flicking through photos. The Retina display has 960 x 640 pixels—four times as many pixels than before. The resulting 326 pixels per inch is so dense that the human eye is unable to distinguish individual pixels when iPod touch is held at a normal distance, making text, images and video look sharper, smoother and more realistic.
With the new front-facing camera and mic, iPod touch users can make FaceTime video calls over Wi-Fi. With just one tap of the new FaceTime app, iPod touch users can call other new iPod touch or iPhone® 4 users** to easily see what their friends are up to, share important moments like the first day of school and even show others what they are seeing by easily switching to the rear-facing camera. 
The rear-facing camera on iPod touch is perfect for HD video recording. Users can easily capture HD video wherever they are and share it via email, MobileMe™ and YouTube. With the iMovie® app, users can combine movie clips, add dynamic transitions and themes and include photos and music right on their iPod touch. Users can buy and download the app for just $4.99 through the App Store℠ right on their iPod touch.
Apple’s A4 chip provides iPod touch users with exceptional processor and graphics performance along with long battery life. This remarkably fast and power-efficient chip, along with the Retina display and 3-axis gyro, makes games on iPod touch the best they’ve ever been on any mobile device. 
iPod touch is the world’s most popular portable game player. Now with Game Center, iPod touch users can challenge and play friends or be matched automatically with new opponents. Game Center lets iPod touch users showcase their scores and achievements and discover new games their friends are playing. With the App Store on iPod touch, users have access to the world’s largest catalog of apps with over 250,000 apps, including over 65,000 game and entertainment titles to choose from.
Music and entertainment lovers can now easily access iTunes® Ping directly from their new iPod touch. iTunes Ping lets you follow your favorite artists and friends to discover the music they’re talking about, listening to and downloading. iPod touch users also have the entire iTunes Store® at their fingertips, giving them instant access to the world’s largest catalog of music, TV shows and movies. 
The new iPod touch comes with iOS 4.1, the newest version of the world’s most advanced mobile operating system. iOS 4.1 enables new features like FaceTime video calling, multitasking, folders and Game Center.
iPod is the world’s most popular family of digital music players with over a quarter billion sold. Apple’s new holiday lineup includes a brand new iPod shuffle® for just $49; the amazing new iPod nano® with Multi-Touch™ starting at just $149; the incredible new iPod touch with Retina display, Apple’s A4 chip, FaceTime, HD video recording and Game Center starting at just $229; and the iPod classic® in a 160GB model for $249.
Pricing & Availability 





The new iPod touch will be available next week for a suggested price of $229 (US) for the 8GB model, $299 (US) for the 32GB model and $399 (US) for the 64GB model through the Apple Store® (www.apple.com), Apple’s retail stores and Apple Authorized Resellers. iPod touch requires a Mac® with a USB 2.0 port, Mac OS® X v10.5.8 or later and iTunes 10 or later; or a Windows PC with a USB 2.0 port and Windows Vista or Windows XP Home or Professional (Service Pack 3) or later and iTunes 10 or later. Existing second and third generation iPod touch users can update to iOS 4.1 free of charge on September 8 to enjoy new features including Game Center. 

p/s: Saya mahu Apple iPod Touch.....

Terkini dari Facebook AV Electronics 
(2 September 2010, hari Khamis, 11.55pm).


Berikut ini adalah harga Apple iPod Touch generasi keempat (kalau membayar secara tunai) bagi pasaran Negara Brunei Darussalam, jika membeli melalui AV Electronics:
  • 8GB- BND328
  • 32GB - BND428
  • 64GB- BND588
Sila lawati Facebook AV Electronics untuk maklumat terkini iPod Touch khususnya dari segi harga.

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com