Tuesday, February 13, 2007
PDA dan telefon bimbit buka sahaja bergabung menjadi PDA Phone bahkan menjadi PDA Camera Phone. Bagaimana pula halnya laptop dengan telefon? Buat masa ini belum ada laptop yang ada 3G Connection terbina dalam (built-in). Oleh kerana itu, untuk melayari web perlu ada sambungan dari laptop ke telefon 3G sama ada melalui kabel atau Bluetooth. Ini agak menyusahkan kerana connection antara laptop ke telefon sering juga tidak menjadi dan perlu dicuba beberapa kali. Kalau ada 3G Connection terbina dalam akan memudahkan untuk berinternet. Kita hanya perlu hidupkan laptop dan terus berinternet (termasuklah ‘skyping’, IM, e-mel, dan sebagainya); tidak perlulah lagi buat connection melalui cable atau Bluetooth.
Memiliki dua line 3G tidaklah semahal berbanding memiliki dua line pada suatu ketika dahulu. Kalau dulu, agak sukar bagi kita memiliki dua line kerana start-up package agak mahal tetapi sekarang secara relatifnya bolehlah dikatakan murah. Kenapa dua line? Kita tidak perlu lagi untuk memindah USIM Card dari telefon bimbit ke laptop (yang ada 3G terbina dalam) dan kemudian memindahkan semula ke telefon bimbit atau sebaliknya. Di samping itu, kita tidak perlu lagi membuat connection melalui cable atau Bluetooth. Oleh itu, line 1 bolehlah kita khaskan untuk kegunaan data yang kad USIM sentiasa berada di dalam laptop dan line 2 kita khaskan untuk voice/video call (serta IM, e-mel ringkas & melayari internet pada skrin yang agak kecil)pada telefon bimbit.
Akhirnya, harap-harap laptop yang ada 3G built-in connection akan menjadi realiti.