Thursday, March 01, 2012
1 Mac 2012, hari Khamis – Pada hari ini saya menyertai rombongan sekolah saya, Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, melawat Pesta Buku Brunei 2012 yang diadakan sejak 25 Febrauri 2012, hari Sabtu di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Sebenarnya saya sudah ke pesta ini pada petang hari pertama iaitu pada petang majlis perasmian pesta ini. Pada hari itu, saya membeli satu unit CD bertajuk “Raihan: Zikir Teraphy”. Saya lupa berapa harganya.
Petang tadi, saya membeli pelbagai jenis buku. Berikut ini buku-buku yang saya beli tadi.
Reaching Out To The World Volume 1: Travelling From South Africa To Austria 2007
Muka kulit depan |
Muka kulit belakang |
Saya menjangkakan buku ini sangat menarik untuk dibaca lebih-lebih buku ini adalah catatan perjalanan anak Brunei yang saya anggap sangat mencabar. Lagipun saya juga suka mengembara. Tetapi saya suka mengembara naik kapal terbang (tambang murah), bas, kereta api dan sistem MRT. Saya tidak suka memandu sendiri atau naik teksi. Saya harap buku ini akan meberikan saya motivasi untuk mengembara lebih jauh lagi iaitu di luar lingkungan selesa saya yang pada masa ini saya hanya pergi ke Malaysia dan Singapura.
Buku ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei. Ia dijual pada harga BND20.
Hraga: BND20 |
Saya mendapat majalah ini secara percuma bagi pembelian buku tersebut di booth Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. |
Jurnal Undang-Undang Syari'ah
Jurnal Undang-Undang Syari’ah (Bilangan 1 Tahun 1429 Hijrah/2008 Masihi) ini diterbitkan oleh Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam. Jurnal ini dijual pada harga BND5. Saya berminat membeli dan membaca jurnal ini kerana ingin memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai perundangan Islam khusus dalam kes takzir dan hudud.
Percuma: Memahami Ahli Sunnah Wal Jama'ah |
Percuma: Newsletter Muslimin teribitan Pusat Dakwah Islamiah Brunei Darussalam. |
Buku Siri Panduan Peperiksaan PSR: Bahasa Melayu
Buku ini diselenggarakan oleh Loo Kuan Lein dan diterbitkan oleh Wee & Loo Book Publisher, Brunei Darussalam. Buku ini mengandungi kertas soalan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dari tahun 1997 hingga 2011. Buku ini dijual pada harga BND6.
Buku Jamie Oliver saya yang pertama: Jamie's Kitchen
Jamie’s Kitchen adalah buku Jamie Oliver saya yang mula-mula saya beli. Buku ini saya beli di booth D Book Haus (Muka Facebook: www.facebook.com/dBookHaus) pada harga BND25++ yang saya anggap jauh lebih murah jika membeli di Amazon dan harga yang dicadangkan bagi pasaran Amerika Syarikat USD39.95. Saya suka buku ini kerana gaya fotografinya dan rekabentuk susun aturnya. Lagi pun Jamie Oliver adalah satu daripada cef selebrati yang saya sukai.
Saya suka makan dan makanan. Saya juga suka memasak. Suka memasak tidak bererti saya mahir memasak. Adalah menjadi kepuasan bagi saya jika cubaan sesuatu resepi berjaya...
Harga yang dicadangkan |
A Cooking Course for Everyone....Harap-haraplah 'everyone' adalah termasuk saya... |
Chicken Soup for the Romantic Soul: Inspiration Stories About Love and Romance
Buku kedua yang saya beli dari D Book Haus adalah Chicken Soup for Romantic Soul pada harga BND13.90. Harga yang dicadangkan untuk pasaran Amerika Syarikat ialah US12.95. Suka ku D Book Haus ani....
Chicken Soup for Romantic Soul adalah satu daripada buku-buku Chicken Soup for the Soul Series. Saya mendapati buku siri ini buat sekian lama terjual di kedai buku tetapi sejak masa itu belum lagi terpanggil untuk membeli dan membacanya. Mungkin juga sebab harganya lebih BND20 atau pun saya malas membaca buku-buku seperti ini iaitu buku kategori ‘self-help/inspiration’.
Kalendar dalam bentuk penanda buku. |
Labels: Pesta Buku Brunei
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:
abdul_rashid.tahir@yahoo.com