8 Jun 2010, Selasa, 12.45pm – Ramai peminat gajet khususnya gajet keluaran Apple (termasuk saya sendiri) menunggu ‘live blog update’ ucap utama (keynote address) yang akan disampaikan oleh Steve Jobs di Worldwide Developers Conferenc 2010 bertempat di Moscone Center, San Francisco, Amerika Syarikat pada pukul 10.00am waktu Pasifik(pukul 1.00am waktu Brunei Darussalam). Dalam Ucap Utama inilah Steve Job bakal mengumumkan secara rasmi produk atau perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh Apple. Antara yang ditunggu-tunggu ialah pengumuman rasmi Apple iPhone HD, yang bakal mengganti Apple iPhone 3GS.
1.00am – Saya mengikuti ‘live blogging’ melalui engadget.com dan Mashable.com. WWDC 2010 dihadiri oleh 5200 peserta dari 57 negara. Tiket untuk persidangan ini habis dijual dalam masa 8 hari.
iPad
Sebanyak 2juta unit iPad telah terjual dalam masa hampir 2 bulan i.e 1 unit setiap 3 saat. Pada
35 juta apps telah dimuat-turunkan untuk iPad iaitu secara puratanya sebanyak 17 apps bagi setiap iPad. 8,500 apps native untuk iPad terdapat di Apps Store.
Mengenai iBooks pula, dalam 65 hari pertama sebanyak 5 juta muat-turun e-book iaitu 2.5 e-book setiap iPad. Dan iBook berjaya mendapat 22% bahagian dalam pasaran e-book. Mulai sekarang, dokumen PDF juga boleh dibaca melalui iBook.
App Store
Jumlah terkini apps di Apps Store ialah 225,000 app. Apple menerima sebanyak 15 ribu apps seminggu. Apps ini dibangun dalam 30 bahasa. 95% apps tersebut diluluskan dalam masa 7 hari.
Kenapa sesuatu apps tidak diluluskan:
- Apps tidak berfungsi seperti yang diiklankan oleh pembangun apps.
- Apps tersebut menggunakan API persendirian.
- Apps tersebut ‘crash’.
Pada minggu lepas, Apps Store melimpasi 5 billion muat-turun. Pembahagian hasil jualan ialah 70% pembangun apps dan selebihnya untuk Apple. Setakat beberapa hari lalu, Apple telah membayar lebih USD1 billion kepada pembangun apps.
iPhone
Penguasaan pasaran smartphone di Amerika Syarikat menurut Laporan Nielsen:RIM menduduki tempat pertama dengan menguasai 35% pasaran, kedua ialah Apple iPhone-28%, ketiga ialah Windows – 19%, keempat ialah Android-9%. Mengenai perbandingan antara iPhone dengan Android, iPhone menguasai 3 kali ganda pasaran.
Steve Jobs mengimbas kembali sejarah iPhone. iPhone mula diperkenalkan pada tahun 2007. iPhone telah mencipta semula telefon (smart phone). Pada tahun 2008, Apple melancarkan iPhone 3G dan App Store. Dan pada tahun 2009, iPhone 3GS dikeluarkan, yang 2 kali ganda lebih laju berbanding dengan 3G.
Pada tahun 2010 pula, Apple melangkah dengan lebih jauh daripada iPhone yang diperkenalkan pada tahun 2007. Pada kali ini, Apple memperkenalkan Apple iPhone 4 (tanpa huruf “G”).
Apple iPhone 4 ada lebih 100 ciri baru. Steve Jobs hanya menyentuh 8 sahaja.
Pertama ialah reka bentuk yang baru. 24% lebih nipis berbanding IPhone 3GS. Bahkan ini adalah smartphone ternipis yang pernah dibuat. IPhone 4 ada kawalan bunyi, kamera hadapan, tempat penaruhan micro SIM, kamera belakang berserta dengan lampu flash LED.
Di bahagian atas terdapat lubang untuk headset, mic kedua, dan butang ‘tidur-bangun’. Lingkaran keliling sisi struktur dalaman adalah sebahagian sistem antenna iPhone 4. Badannya dibina dengan menggunakan besi tahan karat (stainless steel) dan kaca. Besi untuk ketahanan manakala kaca untuk kualiti optik dan tahan garit.
Kedua, Retina Display (Paparan Retina). Apple telah meningkatkan kepadatan pixel iaitu sebanyak empat kali ganda dari segi jumlahnya. Ini adalah penting agar huruf, misalnya, akan lebih bisai dan jelas lagi iaitu kurang atau tidak ‘bertangga’. Paparan Retina juga relevan bukan sahaja untuk teks, tetapi juga untuk gambar dan video.
Seterusnya, Steve meringkaskan ciri-ciri paparan iPhone 4: bersaiz 3.5 inci, 960x640 pixels (4 kali lebih banyak daripada iPhone 3GS), lebih kepadatan pixel setiap inci iaiitu 326ppi, “contrast ratio”nya 800:1 (iaitu 4 kali ganda lebih baik) dan menggunakan teknologi IPS untuk warna yang lebih baik dan pengilihatan sudut yang lebih luas. Teknologi IPS adalah sedikit lebih baik berbanding dengan teknologi paparan OLED.
Ketiga, iPhone 4 menggunakan chip A4 (sama seperti chip yang digunakan pada Apple iPad. Chip A4 direka bentuk oleh Apple sendiri. Steve menunjukkan reka bentuk dalaman iPhone 4. Komponen yang paling besar ialah bateri. Oleh itu, dengan saiz bateri yang lebih besar dan chip A4, Apple telah dapat memperbaiki hayat bateri: 7 jam untuk perbualan 3G, 6 jam untuk layaran internet 3G, 10 jam untuk layaran internet melalui WiFi, 10 jam tontonan video, atau 40 jam mendengar musik. Masa ‘standby’ pula mencapai 300jam.
Sebagai tambahan, Steve Jobs menekankan bahawa iPhone 4 memenuhi senarai semak alam sekitar: tanpa arsenik, tanpa BFR, tanpa Mercury (raksa), tanpa PVC, dan tahap penggunaan semula yang tinggi (highly recycleable).
Keempat, iPhone 4 ada terdapat satu ‘gyroscope’. Apple menambah 3 ‘axis gyro’ dan apabila digunakan bersama dengan ‘accelerometer ‘ dan kompas menjadikannya 6 ‘axis’. Ini sangat sesuai untuk ‘game’.
Kelima, sistem kamera baru. IPhone 4 dilengkapi dengan sensor 5MP. Sensor yang digunakan ialah jenis “backside illiminated sensor’. Setiap pixel bersaiz 1.75 micro-pixels, 5 kali zoom, sentuh untuk memokus dan dibantu oleh cahaya flash LED. Kamera ini mampu merakam video definisi tinggi HD 720p pada 30 fps. Pengguna boleh mengedit (seperti dengan menggunakan apps iMovie for iPhone) dan menghantarnya melalui e-mel terus melalui iPhone 4.
Keenam, sistem operasi iPhone OS 4. Iphone OS 4 diberikan nama baru iaitu iOS 4. Ciri yang paling utama ialah ‘multitasking” yang membolehkan pengguna menjalankan pelbagai apps atau tugasan serentak seperti memeriksa e-mel, melayari laman web dan mendengar lagu. iOS 4 memberikan kemudahan e-mel yang lebih baik dengan adanya ‘unified inbox’ dan ‘threading’.
Sekarang pengguna boleh membuat ‘folder’ untuk menyusun dan mengemaskan ikon-ikon apps. Bagi perusahaan (enterprise), iOS 4 menyediakan perlindungan data yang lebih baik, pengurusan alat bimbit, pengagihan app secara tanpa wayar, pelbagai akaun Exchange, dan sokongan SSL VPN. Bagi pengguna pula, iOS 4 memasukkan kemudahan carian Bing, di samping Yahoo! dan Google.
Apple menjangkakan akan menjual gajet berasaskan iOS (termasuk iPad dan iPod Touch) yang ke 100 juta pada bulan ini.
Ketujuh, iBooks. Kemudahan iBooks terdapat dalam iPhone 4. IBookstore terus di iPhone. Pengguna boleh memuat-turun buku iBook yang sama ke iPad dan iPhonenya tanpa membuat pembayaran tambahan.
Kelapan, iAds. Iads bertujuan untuk pembangun apps menambah/mendapatkan pendapatan supaya pembangun apps terus menghasilkan apps percuma atau pada harga yang rendah. IAds menekankan emosi dan keinteraktifan. iAds terbina di dalam iOS4. Apple akan menjual dan menjadi hos iklan tesebut. IAds dijangka bakal menjana pendapatan sebanyak USD60 juta pada separuh kedua tahun 2010 ini iaitu 48% daripada pasaran pengiklanan bimbit.
Dan satu lagi….iPhone 4 membolehkan pengguna membuat panggilan video (dengan menggunakan kamera depan dan belakang). Kemudahan ini dinamakan “FaceTime”…Tetapi melalui hanya wifi dari Iphone 4 ke Iphone 4 (pada tahun 2010). Dan tidak susah-susah “setup”. Kenapa tidak melalui 3G. “We need to work a little bit with the carriers…” barangkali di rantau sebelah sini termasuk Brunei tidak menghadapi masalah dengan panggilan video kerana sistem 3G di sini sememang ada perkhidmatan panggilan video. Apple sepatutnya ‘enable’ fungsi Face Time bagi pasaran antarabangsa. Ataupun FaceTime adalah berlainan dengan panggilan video 3G…
Harga
IPhone 3GS 8GB masih lagi dijual (bersama kontrak perkhidmatan) di Amerika pada harga USD99, iPhone 4 16GB $199, dan iPhone 4 32GB $299. iPhone 4 mula dijual pada 24 Jun 2010.Ada 2 warna iPhone 4: hitam dan putih.Pre-orders bermula 15 Jun 2010 dan tedapat di 5 buah negara (aiaitu AS, Peranchis, Jerman, UK, dan Jepun). Pada Julai 2010, iPhone 4 akan terdapat di 18 buah lagi negara. Pada penghujung tahun 2010, iPhone 4 akan berada di pasaran di 88 buah negara.
Peningkatan (upgrade) ke iOS 4 adalah percuma bagi Iphome 3GS, Iphone 3g. dan iPod Touch (kecuali generasi pertama). Tidak menyokong semua ciri bagi 3G dan Ipod Touch. Peningkatan ke iOS akan bermula pada 21 Jun 2010.
Setakat ini dulu laporan mengenai Ucap Utama Steve Job
Nota: Ani tah saja laporan saya. Ani jua setakat yang saya faham….kalau ada yang tersilap minta maaf. Besok-besok lagi melaporkan mengenai iPhone 4 dan iOS 4.
Related links: