Sunday, May 01, 2011
30hb April 2011, hari Sabtu—Apple iPad 2 telah dijual secara rasminya dalam pasaran Negara Brunei Darussalam bermula pada 29hb April 2011, hari Jumaat.
Orang ramai mula berbaris pada sekitar pukul 8.30 pagi di luar AV Electronics Kiulap. Saya pula mula masuk berbaris pada sekitar pukul 9.oo pagi. Barisan semakin panjang ketika menghampiri pukul 10.00 pagi.
Pukul 10.oo pagi bermulalah waktu perniagaan AV Electronics. Sebahagian pelanggan (termasuk saya) mula masuk ke dalam. Kami disambut meriah oleh warga AV Electronics. Sebahagian lagi masih menunggu di luar sehingga keramaian pelanggan di dalam berkurangan.
Ada yang memilih 'accessory' iPad 2 dahulu sebelum ke kaunter. Ada yang terus berbaris untuk mendapatkan Apple iPad 2. Saya terus berbaris kerana tidak mahu tidak ampit model iPad 2 yang dihajati. Giliran saya tiba. Pada pukul 10.19 pagi, rasmilah saya menjadi pemilik sebuah Apple iPad 2 yang diidamkan.
Sejak saya mula berbaris sehinggalah selepas saya mendapatkan iPad 2 yang dihajati, saya berkesempatan mengambil gambar untuk dikongsikan bersama di blog ini. Sebahagian dari gambar-gambar itu seperti berikut ini:
(Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Diambil pada 29 April 2011, hari Jumaat)
Dua gambarfoto di atas menunjukkan 2 muka surat artikel di akhbar The Brunei Times yang dikeluarkan pada hari ini, 30 April 2011, hari Sabtu. (Sila klik pautan ini: The Brunei Times, 30 April 2011 - Scores sold as iPad 2 hits Brunei untuk membaca laporan akhbar ini)
Di samping itu, AV Electronics juga menerbitkan gambar-gambar pelancaran iPad 2 ini di Facebook Page mereka.
- The Wheatfield: iPad 2 Launch in Brunei
- Just Aliya: The iPad 2 Fiasco at AV Electronics (with a response from AV Electronics)
Labels: Apple iPad 2