Sunday, September 26, 2010
Ceramah Hak dan Tanggungjawab Blogger serta Isu Perundangan yang Berkaitan dengan Penggunaan Media Sosial
25hb September 2010, hari Sabtu – Pada petang tadi saya menghadiri Ceramah Hak dan Tanggungjawab Blogger serta Isu Perundangan yang Berkaitan dengan Penggunaan Media Sosial yang dianjurkan oleh Pejabat Peguam Negara di Tingkat 2 Bangunan Undang-Undang dan Majistret.
Ceramah ini disampaikan oleh Ahmad Jefri Rahman (Senior Counsel, Attorney General’s Chambers) dan Hajah Rahayu DP Haji Abdul Razak (Principal Counsel, Attorney General’s Cahmbers).
Terdapat beberapa undang-undang atau akta yang membawa impak kepada blogger di Negara Brunei Darussalam:
· Broadcasting Act (Cap. 180): Class Licence dan Internet Code of Practice
· Electronic Transanctions Act (Cap. 196)
· Defamation Act (Cap. 192)
· Sedition Act (Cap. 24)
· Copyright Order 1999.
Walau bagaimanapun akta-akta yang berkaitan dengan blogger dan kegiatan blogger ini tidaklah terhad kepada tersenarai ini sahaja. Ia mungkin ada melibatkan akta-akta lain yang ada.
Secara amnya blogger tidak perlu mendaftar secara individu blog masing-masing kerana ia sudah terkandung di dalam ‘class licensing scheme’ yang diberikan kepada ISP (internet service provider), kecuali jika Menteri berkenaan mendapati:
· Blog ini kepunyaan parti politik yang berdaftar di Brunei Darussalam.
· Blog ini menjalankan kegiatan penyebaran dan perbincangan mengenai isu ugama atau politik yang berkaitan Brunei Darussalam.
Blogger hendaklah mematuhi ‘Kod Amalan Internet’, iaitu blogger hendaklah sedaya upaya memastikan blog masing-masing tidak mengandungi perkara yang berlawanan dengan kepentingan awan atau keharmonian negara atau “offends good taste and decency” (berlawanan dengan tatasusila keBruneian) yang berkaitan dan secara khususnya kepada:
· Pertahanan negara dan keselamatan orang ramai
· Keharmonian kaum dan ugama
· Moral masyarakat dan orang ramai
Jika sesuatu blog didapati melanggar Kod Amalan Internet, Menteri berkenaan boleh mengeluar arahan “take down notice” kepada blogger berkenaan untuk membuang (‘remove’) isi kandungan blog yang terlibat. Jika gagal, Menteri berkenaan boleh membatalkan atau mengantung ‘class licence’nya dan mengenakan denda penalti.
Blogger diingatkan memastikan bahawa kandungan blog mereka tidak menjatuhkan maruah dan juga mengandungi perkara yang tidak benar atau berunsur fitnah. Walaupun ‘sesuatu kisah memalukan’ itu benar, jika sesuatu perkara tidak mempunyai kepentingan awam, tidaklah perlu diterbitkan di blog.
Blogger juga diingatkan jika terdapat pelawat blog masing-masing yang didapati memberikan komen yang bersifat ‘defamation’ khususnya yang melibatkan pihak ketiga, ia hendaklah membuang komen itu dengan seberapa segera. Jika tidak, pemilik blog boleh dipertanggungjawabkan atas komen berkenaan.
Blogger juga diingatkan isi kandungan blog masing-masing tidak menyalahi undang-undang hak cipta, termasuk penggunaan gambarfoto.
Akhirnya, sebelum menutup ceramahnya, Ahmad Jefri ada mencadangkan “Kod Etika Blogger Brunei”. Di samping itu, beliau mencadangkan kemungkinan ditubuhkan “Persatuan Blogger Brunei”.
Nota: Apa yang terkandung di dalam posting ini adalah setakat yang saya ingat dan faham hasil menghadiri ceramah yang berkenaan.
Muka depan... |
Ahmad Jefri dan Hajah Rahayu... |
Akta yang melibatkan blogger.... |
Cadangan: "The 5 Rules for Bloggers". Biskita boleh membaca dengan lebih lanjut "The Five Commandments for Bloggers" melalui laman web Singapore Law Gazette. |
Cadangan: Kod Etika Blogger Brunei & Penubuhan Persatuan Blogger Brunei |
Ahmad Jefri Rahman... |
Kesimpulan... |
Ahmad Jefri Rahman ada blognya sendiri, iaitu "Tech Legalese". Biskita boleh menghubungi beliau melalui e-mel: jefri.rahman@agc.gov.bn .
Siaran Pejabat Peguam Negara bertarikh 21 September 2010 yang terdapat di laman webnya ( www.agc.gov.bn):
Bloggers’ Rights
Title of talk: A Blogger's Rights and Responsibilities & the other legal issues on the use of Social Media in Brunei Darussalam
Are you a blogger? Like bloggers elsewhere, Brunei bloggers publish on a multitude of topics ranging from the mundane to those with attention grabbing content. As a blogger, you need to be aware of legal issues arising from their online activity in Brunei Darussalam.
There has been development of case law in neighbouring jurisdictions such as Malaysia and Singapore which has resulted in imprisonment for comments made by bloggers. Although no known cases have been brought in the local courts, the common legal background and systems of our neighbouring countries will provide some guidance on the likely outcome when similar issues come up for hearing in our courts. Visit our website at www.agc.gov.bn for more information on the talk.
Speaker: Ahmad Jefri Rahman & Hjh. Rahayu bte Dato Hj. Abd. Razak
Date: Saturday, 25 September, 2010
Time: 2:30 p.m
Venue: 2nd Floor, The Law and Courts Building
In light of the growing number of bloggers in Brunei Darussalam, the purpose of the talk is to educate local bloggers on their rights as well as their responsibilities and ensuring that they are aware of the legal repercussions whenever content is posted up on their website.
This talk is held as part of the Attorney General's Chambers outreach programme which continuously aims to raise public awareness on various legal issues touching on public interest as well as other topics of current concern.
(Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Diambil pada 25 September 2010, petang)
'Links' berkaitan:
- Anak Brunei : What is the difference between libel, sedition, and sedition?
- Tech Legalese: Bloggers' Rights and Responsibilities - Discussion on 25 September 2010
- BB/Brudirect, 26th September 2010: Bloggers Advised Not To Break Laws
- The Brunei Times, 26th September 2010: Rights, social responsibilties of bloggers
- The Brunei Times, 27th September 2010: On accuracy of content, responsibilities: Bloggers
ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:
abdul_rashid.tahir@yahoo.com