Asus telah memperkenalkan laptop model Asus V2Je. Ciri utama latop ini ialah kemudahan hubungan 3G terbina dalam (built-in) jenis HSPDA (3.5G). Oleh itu, pengguna tidaklah perlu lagi untuk menghubungkan laptop mereka dengan telefon bimbit mereka. Laptop ini terpasang dengan sistem operasi MS Windows XP Pro. Ia akan mula didapati pada penghujung bulan ini (di Singapura) dengan harga SGD$3,798.
ULASAN PENULIS:
1. Satu perkembangan yang ditunggu-tunggu tetapi terdapat perkara yang menjadi kontra, iaitu:
a. Harganya yang mahal.
b. Bukan MS Windows Vista Premium.
2. Penulis lebih berminat laptop 3G dari Acer atau Apple dengan harga BND$1800-BND$2500 sahaja.