Tuesday, March 08, 2011

8hb Mac 2011, hari Selasa -- Menurut makluman yang disiarkan melalui Facebook Pusat Dakwah Islamiah Brunei mulai kelmarin, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Jabatan Pusat Dakwah Islamiah dengan kerjasama Bahagian Perhubungan Awam dan Antarabangsa, Kementerian Hala Ehwal Ugama akan mengadakan 'Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah' selama 3 hari bersempena Sambutan Jubli Perak Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah (1985-2010).
 
(Screenshot ini menunjukkan satu posting di 'wall' Facebook Pusat Dakwah Islamiah mengenai Seminar Antarabangsa Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah)


Seminar ini akan diadakan seperti berikut ini:

Tarikh:
24 hingga 26 Rabiulakhir 1432 Hijrah 
29 hingga 31 Mac 2011 Masihi
Hari Selasa hingga Khamis (Sesi pagi dan petang)

Tempat:
Dewan Plenari,
Pusat Persidangan Antarabangsa,
Berakas

Tema:
'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah:  Kesederhanaan dan Kemantapan'

Pembentang-pembentang seminar ini terdiri daripada para ilmuwan dan cendikiawan dari dalam dan luar negara.

Pusat Dakwah Islamiah telah membukakan penyertaan kepada sektor kerajaan dan swasta, pasukan beruniform dan institusi-institusi pengajian tinggi. Orang ramai juga dialu-alukan untuk menyertai seminar berkenaan.

Sehubungan dengan itu bagi yang berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Kaunter Penyambut Tetamu, Pusat Dakwah Islamiah, Kampung Pulaie atau melalui  Facebook Pusat Da’wah Islamiah (melalui docs.com). Penyertaan orang ramai adalah terhad seramai 100 orang sahaja.

Borang yang telah lengkap di isi hendaklah dikembalikan tidak lewat pada:

Tarikh: 14 Rabi’ul Akhir 1432Hijrah / 19 Mac 2011 Masihi
Hari: Sabtu
Jam: 4 petang

Borang bolehlah dihantar melaui:

Kaunter Penyambut Tetamu, Pusat Da’wah Islamiah, Pulaie, Jalan Kebangsaan 
atau
di Pejabat-pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, Belait dan Temburong 
atau
Fax : 2381642 ( Bahagian Penyebaran Dakwah ) 
atau
Melalui email: ume_pdi@yahoo.com

Hari pendaftaran 
bagi seminar akan diadakan seperti berikut ini:

Tarikh
23 Rabiul Akhir 1432 Hijrah 
bersamaan 
28 Mac 2011 Masihi

Hari
Isnin

Jam
8.15am hingga 11.00am

Tempat:
Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas.

Jadilah 
Rakan Pusat Dakwah Islamiah Brunei di Facebook. 
Sila klik gambar berikut ini: 


PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com