Tuesday, March 01, 2011

1 Mac 2011, hari Selasa – Petang tadi saya pergi ke Pesta Buku Brunei Tahun 2011 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Ini adalah kali kedua saya pergi ke sana. Kali pertama saya pergi pada 26 Februari 2011, hari Sabtu.

Pesta Buku Brunei 2011 dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-27 dan Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pesta buku ini bermula pada 26 Februari 2011, hari Sabtu dan akan berakhir pada 7 Mac 2011, hari Isnin. Pesta buku ini dibuka dari pukul 8.30am hingga 10.00pm kecuali hari Jumaat dari pukul 8.30am hingga 11.30am dan 2.30pm hingga 10.00pm.

Hari ini saya membeli sebuah buku sahaja. Buku ini bertajuk “Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?” yang dikarang oleh Mohammad Hairi bin Nonchi dan Mohammad Yaakub bin Mohammad Yunus. Buku ini diterbitkan oleh Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, Malaysia pada tahun 2010 (Cetakan Pertama).

Buku ini menyentuh beberapa isu atau persoalan seperti amalan berzikir dan berdoa berjamaah, menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada orang mati, kenduri arwah, mentalqin mayat di kuburan, dan doa qunut Subuh .

Buku ini belum lagi saya baca. Jadi, saya tidak dapat memberikan maklumat lanjut mengenai kandungan buku ini.

Muka depan: Tajuk buku 'Siapakah Pengikut Imam al-Syafie dan Mazhab Syafie yang Sebenar?' 
Muka belakang: Sebahagian daripada sinopsis buku
(Gambarfoto: Abdul Rashid bin Haji Tahir. Diambil pada 1 Mac 2011, hari Selasa)

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com