Friday, March 18, 2011

18th March 2011, Friday - A new vehicle excise duty will be effective from 1 April 2011. See the following table:

(Click to enlarge)
The table above is produced based on the information published at local newspapers (on-line) including the government newspaper. For further details, you can contact MInistry of Finance at: www.mof.gov.bn. 


You can read the following article (in Malay) taken from Pelita Brunei Online entitled 'Perubahan kadar cukai eksais kenderaan' published on 18th March 2011, Friday:

Perubahan kadar cukai eksais kenderaan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 17 Mac. - Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi perubahan kepada kadar cukai eksais kenderaan melalui pindaan ke atas Perintah Eksais, 2006 yang akan berkuatkuasa mulai 1 April 2011.


Pindaan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini mengenai kesan penggunaan kenderaan kepada penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar di negara ini.


Di samping itu, cadangan perubahan kadar cukai eksais ini juga diharap akan turut mencapai matlamat: Mengawal penggunaan dan pengimportan kenderaan-kenderaan yang menggunakan bahan bakar yang tinggi dan memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan mengurangkan kos pemilikan kenderaan bagi membantu mengawal peningkatan kadar kos saraan hidup (cost of living) di negara ini.


Selain dari itu ia juga bagi menggalakkan pertumbuhan sektor pengangkutan awam di negara ini dengan memberikan insentif tertentu kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pengangkutan awam.


Berikutan itu juga, kadar Duti Eksais kenderaan dipinda iaitu bagi kadar Duti Eksais bagi semua jenis kenderaan diubah dan dikenakan pada kadar-kadar seperti berikut:


Jenis kereta (mengikut cc): 1700 dan kebawah (kadar ketika ini 20 peratus dan Kadar baru 15 peratus); 1701 hingga 2500 (kadar ketikia ini 20 peratus dan kadar baru 20 peratus); 2501 hingga 3000 (kadar masa ini 20 peratus dan kadar baru 25 peratus); 3001 hingga 3500 (kadar masa ini 20 peratus dan kadar baru 30 peratus); 3501 ke atas (kada ketika ini 20 peratus dan kadar baru 35 peratus).


Selain cukai eksais di peranggan di atas, bagi kenderaan-kenderaan yang menggunakan minyak diesel, cukai eksais tambahan sebanyak 5 peratus akan juga dikenakan setelah perkiraan cukai eksais di perenggan di atas itu dibuat.


Sementara itu bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan kereta jenis hybrid yang dapat membantu dalam meningkatkan penjimatan penggunaan minyak kereta secara lebih effisien dan bersih, kadar cukai bagi semua jenis kereta hybrid akan dikurangkan sebanyak 5 peratus selepas perkiraan-perkiraan dibuat ke atas cukai-cukai eksais yang dikenakan di kedua-dua peranggan di atas.


Bagi menggalakkan pertumbuhan sektor pengangkutan awam di negara ini, cukai eksais bagi bas atau kenderaan (yang memuatkan tidak kurang dari 9 penumpang), akan diturunkan kepada 15 peratus berbanding 20 peratus yang dikenakan pada masa ini. Walau bagaimanapun cukai eksais bagi kenderaan berat lain seperti lori, tanker dan sebagainya, akan dikekalkan pada kadar 20 peratus.


Manakala bagi kenderaan-kenderaan yang digunakan sebagai kereta sewa atau teksi, atau van yang dapat memuatkan penumpang tidak melebihi 9 orang, cukai eksais yang dikenakan adalah sama seperti kenderaan persendirian bagi (semua kenderaan) dan (kenderaan menggunakan minyak disel).


Bagi kenderaan-kenderaan baru yang terlibat dalam pengurangan cukai eksais di atas, dan didaftarkan selepas tarikh perubahan kadar cukai eksais ini berkuatkuasa, pihak penjual kenderaan berkenaan bolehlah memohon bagi bayaran balik cukai eksais yang telah dibayar bagi diselaraskan dengan kadar cukai eksais yang baru.


Adalah diharapkan dengan perubahan kadar cukai eksais kenderaan di atas, rakyat dan penduduk negara ini akan lebih mengambil berat mengenai perlunya bersama-sama bekerjasama dan meningkatkan kesedaran dalam pemeliharaan alam sekitar.


Dengan adanya sikap dan kesedaran tersebut, insya-Allah, ia akan dapat membantu ke arah pembangunan negara yang seimbang dan 'sustainable'.


Articles in English language is available at:
(Graphic: Abdul Rashid bin Haji Tahir)

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com