Wednesday, December 16, 2009


Doa Awal Tahun Baru Hijrah
Ya Allah, wahai Tuhan kami. Engkaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi tiada permulaan. KelebihanMu maha besar dan kemurahanMu amat limpah yang sangat-sangat diharapkan.


Tibalah sudah tahun baru. Kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan).

Kami mohon juga kepadaMu, ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi maha mulia. Ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Sumber: Buku Surah-Surah Pilihan, Tahlil Arwah dan Doa

Doa Akhir Tahun Hijrah
Ya Allah, wahai Tuhan kami. Perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini dan belum bertaubat daripadanya padahal Tuhan kami tidak meredai dan Tuhan kami memang tidak lupakannya dan Tuhan kami berlembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu maka kami sekalian mohon keampunanMu. Ya Allah, ampunkanlah kami.

Dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang-panjang tahun ini yang Tuhan kami meredainya dan Tuhan kami telah pun menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami sekalian mohon, ya Allah, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, semoga Tuhan kami perkenankan akan perbuatan amal bakti yang telah kami lakukan itu dan tidak Tuhan kami hampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah.

p/s: Doa akhir tahun Hijrah dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib iaitu akhir waktu Asar penghujung tahun Hijrah.

Dalam konteks Brunei Darussalam, pada tahun ini 29hb Zulhijjah 1430 adalah bersamaan 17hb Disember 2009, hari Khamis.

Oleh itu, 1hb Muharram 1431 adalah bersamaan 18hb Disember 2009, hari Jumaat. Perlu diingat pertukaran haribulan takwin Hijrah adalah dengan bermulanya waktu Maghrib.

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com