Wednesday, December 23, 2009

15hb Disember 2009, Selasa—Malam Sastera Nusantara telah diadakan pada 12hb Disember 2009, hari Sabtu di rumah Badaruddin H.O (Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama) yang terletak di Sungai Besar, Jalan Kota Batu.


Majlis ini merupakan majlis makan malam dan persembahan “pentas” sastera bagi meraikan para peserta Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-15 (PSN15).

Antara yang hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pengiran Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Yahya (Yahya M.S); dan tuan rumah sendiri berserta Datin.

Majlis ini diserikan dengan penyampaian puisi, syair, pantun, dan persembahan Tausyeh.


















Saya dapat mendengar persembahan puisi disampaikan dalam beberapa bahasa iaitu Melayu, Melayu Brunei, Jawa, Thai,….bahkan ada juga bahasa Tamil (puisi Brunei dalam bahasa Tamil) serta bahasa Arab (Tausyeh). Di sinilah, saya lebih banyak mengetahui negara para peserta.

Para peserta ini datangnya dari Brunei Darussalam (yang terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah Universiti Brunei Darussalam, sasterawan dan peminat sastera), Malaysia (termasuk wilayah Malaysia yang paling hampir sekali dengan Brunei, iaitu Labuan, Limbang, dan Miri), Thailand (termasuk Pattani), Singapura, dan Indonesia (termasuk Kalimantan).

(Gambarfoto: Abdul Rashid Haji Tahir. Diambil pada 12hb Disember 2009, hari Sabtu)

Pautan yang berkaitan:

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com