Wednesday, February 14, 2007

Pada 13 Februari lalu penulis mem’post’ blog bertajuk “Apa yang diperlukan dalam sebuah laptop ?”. Pagi tadi harapan itu menjadi kenyataan. Ini kerana penulis ada membaca di halaman sisipan Digital Living Straits Times Singapura keluaran 12 Februari 2007 yang menyatakan perkara berikut:

Asus telah memperkenalkan laptop model Asus V2Je. Ciri utama latop ini ialah kemudahan hubungan 3G terbina dalam (built-in) jenis HSPDA (3.5G). Oleh itu, pengguna tidaklah perlu lagi untuk menghubungkan laptop mereka dengan telefon bimbit mereka. Laptop ini terpasang dengan sistem operasi MS Windows XP Pro. Ia akan mula didapati pada penghujung bulan ini (di Singapura) dengan harga SGD$3,798.


ULASAN PENULIS:
1. Satu perkembangan yang ditunggu-tunggu tetapi terdapat perkara yang menjadi kontra, iaitu:
a. Harganya yang mahal.
b. Bukan MS Windows Vista Premium.
2. Penulis lebih berminat laptop 3G dari Acer atau Apple dengan harga BND$1800-BND$2500 sahaja.

PeachPit (Pearson Education)

ANY COMMENTS, PLEASE SEND YOUR E-MAIL TO:

abdul_rashid.tahir@yahoo.com